Sebelum ini pasangan suami isteri sensasi Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin pernah dikecam dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram Che Tah menunjukkan mereka kononnya bercium mulut di depan menara Eiffel, di Paris. Menerima nasib yang sama baru-baru ini pula ialah pasangan suami isteri Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub.
“Cium pipi. Itu lah yang saya pelik sikit tu… sebab, minta maaf cakap la ya, banyak artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters releks jer tak pula kritik. Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa… sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain”, katanya.
Pelakon dan pelawak berusia 30 tahun ini diminta mengulas mengenai segelintir pengikut di Instagramnya yang melemparkan kritikan ekoran gambar menunjukkan dia mencium pipi isterinya di hadapan menara Eiffel, beberapa minggu lalu.
Tidak kisah dengan kritikan tersebut, Nabil bagaimanapun berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang itu kali pertama dia menjejakkan kaki di salah sebuah negara Eropah itu.
Kata Nabil, dia sebetulnya ke Paris kerana menjalani penggambaran telemovie ‘Strawberi Karipap Lost in Paris’. Alang-alang menjejakkan kaki ke kota yang terkenal dengan jolokan ‘kota cinta’ itu, dia turut membawa Nazirah bersama untuk menemaninya sekaligus mengambil kesempatan bercuti.
“Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma nak kongsi momen tu dengan peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pula orang nak kondem. Saya rasa haters tu semua mereka tak ada arah hidup, kot.
“Tapi saya sebenarnya tak baca pun komen-komen tu, kawan-kawan yang beritahu saya. Saya tak block haters-haters tu. Biarkan sajalah, lagipun daripada 100 komen, 10 jer yang cakap tak elok, yang lain tu okay saja”, katanya yang berada di sana selama sembilan hari.
-

No comments:
Post a Comment