Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada 6 anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.
Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.
"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.
Kita mengharapkan suatu hari nanti dan Angelina Jolie dan Brad Pitt akan menerima Islam sebagai anutan dan anak-anak mereka juga dikurniakan hidayah oleh Allah. Tidak mustahil mereka akan menerima Islam kerana Islam sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira bangsa, tempat dan masa.
Sumber

No comments:
Post a Comment